I AM

My photo
panggil saya diode... selamba gila poyo suka hati

Tuesday, March 1, 2016

HILANG

ramai sahabat
keluarga bahagia
tapi kenapa kosong?

kau ketawa
kau tersenyum
kau melangkah jauh

hidup kau tiada cela
manusia  mendengki
tapi mereka tak tahu
apa yang kau tiada..

kau kusut
semua tidak kena
emas segunung 
tak cukup untuk belanja
rumah istana
masih sempit diduduki
apa lagi kau cari?

dalam cahaya kau tak nampak
dalam gelap apatah lagi
kau tahu tak
kau kehilangan...

hilang apa?

hilang diri sendiri
hilang rahmat tuhan
hilang bahagia yang kau cari
hilang cinta hakiki










No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PenGikuT..